seminar perniagaan internetbuat duit pendapatan sampingan
Amaran: Masa 5 minit seterusnya bakal merubah taraf hidup anda selamanya...

"Jika Anda Berpeluang Sekali Seumur Hidup...
Mahukah Anda Menjana Pendapatan Internet Sehingga 5 Angka Sebulan Secara Autopilot?"

Kisah kejayaan mereka menjana pendapatan di internet ada yang telah disiarkan beberapa kali
di dalam akhbar nasional
. Tetapi, mereka tidak sesekali akan dedahkan sistem rahsia sebenar bagaimana mereka dapat melakukannya. Namun demi anda, kami berjaya memujuk mereka!


Daftar Sekarang, Atau Anda Terlepas Peluang Terhad!
Sila masukkan nama pertama dan email anda, seterusnya klik butang "Daftar
Ahli JomSeminar
" untuk melengkapkan proses pendaftaran
percuma.
Seterusnya, anda akan menerima bonus ekslusif percuma bernilai lebih RM147.
Nama:
Email:
 

Perhatian: Anda akan menerima email pengaktifan sebagai langkah mencegah SPAM. Sila
gunakan email utama dan kerap dibuka agar anda tidak terlepas sebarang info penting
serta bonus ekslusif yang akan kami hantar secara berkala dan tertutup. Maklumat
peribadi anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi dengan sesiapa.


(Anda akan menerima produk digital. Gambar produk adalah illustrasi sahaja)


Mesej Penting
: Demi peluang sekali seumur hidup, 5 usahawan internet ini bersetuju
berpadu untuk mendedahkan kepada anda lebih dari 5 sistem rahsia underground yang
terkini, ringkas, mudah diikuti tetapi amat efektif hanya untuk ANDA SAHAJA!


Jumpa Anda di JomSeminar!

Sabtu, 10hb Mei 2008 -> Tempat Sudah Penuh!

Sessi-2 kini dibuka kepada anda pada:

Ahad, 11hb Mei 2008

di Hotel Armada, Petaling Jaya

Masa: 9 am - 5 pm
Pakaian: Kasual
Anda perlu bawa: Kad Bisnes sahaja jika ada.
(Lain-lain kelengkapan & material disediakan oleh pihak JomSeminar)


(klik peta untuk zoom)

Amaran: Tempat amat terhad. Jangan anda terlepas peluang lagi.
Klik disini untuk tempah tempat anda sekarang!

Rahsia besar ini akan didedahkan melalui satu perjumpaan tertutup dan disertai oleh
anda dan mereka yang terpilih dalam kumpulan yang kecil. Dikhuatiri jika dibongkar kepada
umum, ianya sudah pasti akan disalahgunakan dan tidak lagi menjadi efektif.


Hanya sekali ini sahaja, tiada lagi peluang kedua...
kami maksudkannya, tiada gimik murahan disini!



Jadi, anda perlu faham bahawa sistem rahsia ini amat ekslusif dan TOP SECRETS!

(berani potong jari maaa...)

Kami jamin, banyak sistem rahsia yang akan didedahkan nanti tidak pernah anda terfikir atau dengar secara umum. Menjadikan sistem ini teramat efektif. Ianya disebabkan masih terlalu sedikit usahawan internet di dunia ini menyedarinya. Mereka terlepas pandang atau tidak mengambil endah teknik dan kaedah rahsia tersebut.

Selama ini, ia menjadi "sistem rahsia perniagaan internet" kami sebagai satu faktor "unfair advantage" berbanding usahawan internet yang lain yang wujud bersaing bersama menjana duit di internet.

Unfair advantage adalah keunikan yang memberi kelebihan kepada perniagaan seseorang usahawan internet. Ianya adalah faktor kritikal untuk mendominasi apa juga pasaran pilihan anda dan meninggalkan pesaing anda terkontang-kanting dibelakang melakukan percubaan pelbagai strategi yang tidak berkesan.

 

Anda akan ternganga sebagaimana kami ternganga besar sambil menepuk dahi apabila mengetahuinya. Benar, ianya berlaku sewaktu kami berlima mula berkumpul bersama sambil mendedahkan sistem masing-masing sebelum projek ini diberitahu umum!

Sudah pastinya sistem rahsia ini tiada kena mengena langsung dengan program berikut:

Sistem MLM
Sistem Piramid atau Ponzi
Skim pelaburan internet
Autosurf
HYIP
Randomizer atau Forced Matrix
Get Paid To Click/Read Email
Beli lot maya di internet
Sistem derma duit
Nigerian Scam
Online Forex

Adakah anda sudah bosan mempelajari pelbagai rahsia dan strategi penjanaan duit di internet yang sama sahaja kandungannya, tidak terbukti dan tidak pula berkesan?

Mahukah anda membongkar rahsia kami yang telah terbukti dapat membantu anda demi faedah malah keuntungan matlamat kewangan anda sendiri?

Jika jawapan anda adalah "ya!"... maka sila baca lagi untuk mengetahuinya!

Kita Bersama Mencapai Impian Anda

Anda pasti mempunyai impian sendiri. Tidak kira sama ada ianya berbentuk wang material atau spiritual, ianya perlu direalisasikan. Anda boleh memilih untuk kekal seperti sekarang berhempas pulas bekerja siang malam seperti seorang hamba dan melupakan terus untuk mencapai impian anda, atau...

anda boleh memilih untuk bekerja seminima mungkin tetapi dapat memberikan pulangan pendapatan yang besar agar impian anda pasti dapat terlaksana dengan seberapa segera.

Kami pasti anda ingin impian tersebut terlaksana, bukan?

Pilihan ditangan anda.

Apa jua perkara yang akan berlaku kemudian, esok, setahun lagi malah 10 tahun lagi amat dipengaruhi oleh pilihan anda sekarang. Sudah terlambat untuk anda patah balik melainkan bermula kembali. Jadi, buat pilihan anda dengan bijak.

Tenangkan diri anda, tarik nafas dalam-dalam, lupakan apa juga urusan yang anda hendak lakukan dan berfikir dengan jelas sekarang. Tanya diri anda tika dan saat ini, adakah...

Anda ingin menjana seberapa banyak wang yang anda mahu. kalau rajin maka banyaklah untungnya, tetapi kalau malas pun wang tetap akan masuk ke poket secara konsisten
Anda mahukan sistem penjanaan wang yang selamat dan kurang risiko. Penat anda bekerja mencari dan mengumpul wang sebagai modal takut ia akan hilang sekelip mata sahaja!
Anda impikan duit yang dapat dijana secara pasif, autopilot, kurang memeningkan kepala dan tanpa memerlukan komitmen sepenuh masa untuk dipantau selalu

Anda dengan senang hati mampu menjelaskan semua hutang bank, hutang pinjaman pelajaran dan hutang rakan-rakan yang sudah lama tertunggak ;)

Anda mampu tidur lena setiap malam tanpa pening kepala memikirkan masalah kewangan setiap bulan dan sesak nafas setiap kali berita di TV mengumumkan harga minyak masak, tepung, susu anak, petrol, tol malah teh tarik mamak kegemaran anda melambung naik sampai ke bumbung

Anda sebagai lepasan graduan mahu berdikari dan mengimpikan satu perniagaan internet sendiri yang amat menguntungkan untuk membuktikan kepada orang tua, keluarga, saudara dan kawan-kawan bahawa anda juga boleh berjaya membina kerjaya yang anda mahukan

Anda berupaya kerja di rumah agar dapat meluangkan masa berharga ini bersama keluarga dan melihat anak-anak membesar dan terasuh dengan acuan yang anda kehendaki di depan mata kepala anda sendiri

Anda mahu bebas melakukan kerja yang anda minati, tanpa kongkongan dan bebelan bos, tiada ketetapan dan had masa serta tiada kerenah birokrasi yang perlu dipatuhi secara paksa rela

Anda boleh mengembangkan empayar perniagaan dan melipatgandakan keuntungan dengan menembusi pasaran global dengan mudah dan tanpa had
Anda mencintai kerjaya anda sekarang dan masih mahukan pendapatan sampingan lain yang ringkas, santai, mudah untuk dilaksanakan serta efektif membuat duit

Anda berhati mulia ingin mempunyai yayasan kebajikan sendiri agar dapat menyumbangkan kekayaan anda kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik

Anda boleh memiliki apa jua kehendak anda yang memerlukan wang seperti:
  • membeli model handphone TV atau IPhone agar dapat mengagumkan rakan-rakan anda di pejabat
  • membeli TV Plasma Full-HD 62 Inci dan menonton rancangan kegemaran Akademi Fantasia di Astro dengan jelas sekali
  • mengadakan majlis perkahwinan anda yang berkonsepkan taman serta penuh gemilang di hotel Palace of Golden Horses dan mampu untuk berbulan madu di kota Paris selama 7 hari 7 malam
  • beli kereta MPV Toyota Wish disebabkan saiz keluarga anda sudah mencecah 5 orang
  • memiliki rumah semi-D di Puchong dengan dilengkapi perabot kayu jati, kabinet dapur dan mini-garden di halaman rumah impian anda
  • dapat membawa keluarga anda melancong ke Korea Selatan dan Disneyland Hong Kong pada musim cuti sekolah nanti
...atau senaraikan impian anda di kotak bawah jika tidak disenaraikan di atas:

Fikirkan, mengapa sehingga sekarang anda masih tidak dapat mencapai impian anda?

Adakah ianya disebabkan faktor masa, komitmen atau wang yang menghalang anda? Adakah hala tuju hidup anda dikongkong dan ditentukan oleh orang lain (terutamanya boss anda...)?

Apa juga sebabnya, anda perlu bertindak cara lain. Cara sekarang memang sudah terbukti tidak dapat membantu anda merealisasikan impian anda selama ini. Jauh sekali!

Maka mesej berikut adalah amat penting untuk anda fahami...

Pembongkaran Besar Pelbagai Sistem Rahsia Yang
Akan Menggandakan Pendapatan Anda Selepas Ini...

Jika anda mencari satu sistem atau program yang dapat menjamin pulangan sehingga RM1 Juta setahun, maka sistem ini bukan untuk anda.

Jika anda mengimpikan untuk jadi jutawan menjelang esok pagi, anda juga boleh meninggalkan laman ini.
(Jika benar program sebegitu wujud, kami adalah makhluk bertuah terawal menjadi jutawan segera...)

Hari ini anda dikaburi dengan pelbagai peluang penjanaan duit di internet yang muncul tiba-tiba dan mengejutkan. Sistem memerangkap mangsa yang kabur berselindung disebalik nama e-commerce atau pun perniagaan internet amat memalukan kami. Ia hanya meng"kaya"kan penganjur program dan me"miskin"kan anda dalam waktu singkat. Siapa yang untung dalam situasi begini?

Jadi, kami perlu lakukan sesuatu agar anda tidak terjerumus dan terperangkap dengan sistem penjanaan duit di internet yang tidak sah malah amat membahayakan wang dan hidup anda.

Apa yang perlu anda jawab kepada keluarga anda jika wang simpanan yang begitu payah anda kumpul selama bertahun, hilang begitu sahaja dalam sekelip mata?

Awas, anda jangan terperangkap!

Sebelum terlambat
, inilah masanya yang amat sesuai untuk kita bersama membanteras mereka!

Salah satu punca utama anda tidak dapat bergerak lebih jauh terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup anda adalah kerana anda tidak tahu apakah masalah besar yang anda sedang lalui sekarang. Jadi, mengenal pasti masalah utama anda adalah amat penting dan kritikal!

Mari kita lihat, apakah punca utama yang menghalang anda untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan daripada sekarang:

Sukar mendapat kerja yang selari dengan minat anda. Demi sesuap nasi, anda sanggup lakukan apa juga kerja yang membosankan
Boss anda seorang yang tidak berhati perut. Anda bekerja keras diwaktu siang, malam dan adakalanya dihujung minggu; tetapi masih mendapat kadar upah yang rendah dan tidak berbaloi
Anda melakukan pelbagai kerja yang meletihkan dalam satu masa, 7 hari seminggu, tetapi duit tetap habis menjelang hujung bulan. Isteri anda mula membebel sebab anda tiada masa untuk keluarga. Lebih malang lagi, anak anda tidak kenal siapa ayahnya.
Anda sudah bekerja hampir 10 tahun disyarikat yang sama. Kenaikan gaji amat sedikit, adakalanya tiada kenaikan. Anda mudah mengalami kemurungan jika harga barang keperluan diumumkan naik.
Anda rasakan masa depan yang kabur. Dapat kerja sebagai staff kontrak sudah tentu tidak dapat menjamin hidup anda selamanya. Anda mengalami tekanan melampau apabila teman anda bertanyakan bilakah anda hendak berkahwin dengannya.
Anda berhutang keliling pinggang. Hidup anda tidak tenteram kerana sering dihantui dengan panggilan telefon daripada pihak bank yang menyarankan anda menjelaskan hutang kad kredit dan pinjaman, sebelum peguam mereka menghantar surat cinta. Itu belum termasuk ugutan rakan sendiri dan Ah Long Bukit Beruntung.
Anda mempunyai sijil kemahiran, diploma atau ijazah. Tetapi tiada syarikat mahu ambil anda bekerja kerana anda tiada pengalaman bekerja atau kelulusan tidak diiktiraf. Anda perlukan jalan alternatif untuk menjana pendapatan.
Anda telah bersara. Setiap bulan anda menerima duit pencen serta wang simpanan KWSP. Namun, anda kahwin lewat dan anda masih mempunyai anak yang masih bersekolah. Pendapatan anda masih tidak mencukupi. Anda perlukan pendapatan tambahan.
Anda seorang usahawan yang bersemangat waja dan berusaha untuk menjadi usahawan terbilang. Namun, anda mempunyai masalah modal untuk memajukan perniagaan anda.
Anda sedar akan peluang yang banyak wujud di internet. Masalahnya anda tidak tahu bagaimana untuk bermula dan bidang yang perlu anda fokus.
Anda telah mempelajari pelbagai kaedah menjana pendapatan di internet. Namun akibat kebanjiran informasi, anda berasa belum cukup ilmu didada untuk memulakan langkah pertama. Atau, strategi yang anda pelajari terlalu sukar untuk diikuti.
Anda sering mendengar mengenai rakan-rakan anda yang pernah ditipu dan kena scam di internet. Ini menjadikan anda fobia dengan perniagaan internet.
Anda sudah biasa bekerja sebagai seorang pentadbir atau kerani disyarikat. Peluang yang ada di internet anda rasakan tidak sesuai dengan kemahiran anda.
Anda lebih suka membaca dan mengkaji kejayaan para usahawan internet. Kemudian anda lebih suka berangan mendapat pendapatan lumayan daripada mencuba sendiri setiap kaedah yang telah anda baca. Anda berasa masih tidak yakin.
Anda pasti setiap kaedah penjanaan duit di internet berisiko tinggi. Adalah lebih baik anda terus makan gaji.
Anda rasakan sudah terlewat untuk anda memulakan perniagaan internet sendiri. Teknologi dan trend amat pantas berubah. Anda merasakan perniagaan internet bukan untuk anda tetapi generasi muda zaman kini.



Apa jua masalah anda. Punca utama kepada masalah anda adalah komitmen, masa dan sudah tentu wang.

Komitmen Perlu Sesuai

Memberi komitmen kepada perkara yang tidak selari dengan citarasa dan jiwa anda akan membuatkan anda berasa mudah jemu dan bosan. Mengapa tidak anda membuat perkara yang anda minati dan seterusnya menjadikan proses menjana pendapatan menjadi lebih ceria dan penuh bersemangat?

Anda mempunyai hobi dan kemahiran yang unik.

Menurut statistik terkini, terdapat lebih 1.3 Billion pengguna internet dunia (rujuk statistik terkini).

Sudah pasti ada pengguna internet lain yang berkongsi minat yang sama dengan anda. Ini membuka ruang untuk anda mengkomersilkan apa yang ada dalam diri anda - minat, hobi, pengetahuan sesuatu topik atau kemahiran sendiri. Internet terbukti membuka banyak peluang perniagaan tanpa had sempadan.

Hmm... apa kata anda menulis blog berkaitan topik yang anda minati kemudian letakkan iklan yang berkaitan dengan topik anda. Kami telah membuktikannya, dengan hanya meletakkan iklan mampu menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Mudah bukan?

Anda Punyai Masa Mencukupi

Setiap manusia hanya diberikan masa 24 jam sehari. Tiada kurang atau lebih. Namun, anda merasakan 24 jam itu masih tidak mencukupi. Banyak lagi urusan yang perlu anda bereskan. Anda cemburu melihat orang lain bekerja hanya beberapa sejam sehari, tetapi mempunyai pendapatan yang berlipat ganda daripada anda.

Kelebihan perniagaan internet adalah hampir lebih 80% tugas anda boleh diautomasikan. Banyak perisian dan skrip yang dapat membantu meningkatkan produktiviti anda. Lebih banyak masa anda fokuskan kepada strategi membuat duit maka lebih banyak duit yang mampu anda jana!

Banyak Peluang - Pilih dan Ambil Wang Anda

Terlalu banyak kaedah menjana wang di internet. Anda hanya perlu pilih satu, fokus dan laksanakan sehingga anda dapat habuannya. Jika kaedah tidak sesuai, tukar dan ulangi semula.

Kuasa internet amat mengagumkan. Anda boleh menjana duit tanpa memerlukan sebarang kos. Anda boleh mencuba pelbagai kaedah atau sistem yang anda mahukan, seterusnya melihat hasilnya dalam beberapa minit. Segalanya boleh berlaku dengan pantas.

Semakin pantas dan cekap sistem penjanaan duit anda, maka semakin pantas duit anda berganda!

OK... Dimana Silapnya?

Anda kini sudah jelas, jika anda melakukan apa yang anda minati, mengambil peluang yang ada di internet dan seterusnya melaksanakannya sekarang, maka anda sudah pasti akan dapat menjana pendapatan yang lumayan...

Buzz... anda silap. Itu belum mencukupi. Mengapa masih ada 95% usahawan internet yang gagal menjana walau 1 sen pun pendapatan di internet?

Rahsia kejayaan baki 5% usahawan internet adalah terletak pada sistem pelaksanaannya. Sistem penjanaan duit di internet perlu ringkas, mudah dilaksanakan, relevan dan amat efektif. Ini adalah sebab utama mengapa anda perlu mengetahui satu sistem yang telah terbukti, bukan teori semata-mata.

Kehidupan Tidak Adil Kepada Anda?

Anda merasakan kehidupan ini tidak adil. Anda melihat ada orang yang kaya raya dan mudah buat duit. Mungkin mereka bertuah dan anda adalah dipihak yang malang. Tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengubah dan meningkatkan taraf hidup anda.

Anda silap.

Anda masih ada peluang dan masa untuk berubah menjadi lebih baik...

Mereka Sudah Membuktikannya...
Sekarang Masanya Giliran Anda!


Benar, kami telah membuktikan bahawa menjana pendapatan di internet bukanlah terlalu sukar, malah amat lumayan jika menggunakan sistem atau kaedah yang betul dan efektif. Anda juga boleh menjana potensi pendapatan sehingga 5 angka sebulan dengan mengetahui dan mempraktikkan setiap sistem yang akan kami dedahkan.

Anda tidak perlu belajar dari mula, mencuba sendiri dan gagal berkali-kali. Kami akan tunjukkan "shortcut", anda jimatkan masa berharga anda dan fokus kepada menjana pendapatan berlipat ganda menggunakan kuasa internet dengan menggunakan sistem rahsia yang telah terbukti.

Tanpa membuang lebih banyak masa anda, berikut adalah sedikit ringkasan latar belakang para mentor yang akan membimbing mencapai impian anda kelak (susunan nama mengikut abjad):

Mentor Anda #1: Fuad Latip

Fuad Latip merupakan penulis buku "15 Teknik Efektif Internet Marketing" terbitan PTS Publication pada tahun 2006. Merupakan seorang pensyarah di UiTM, Shah Alam dan telah menjadikan perniagaan internet sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.

Beliau mempunyai kepakaran dalam membangunkan pelbagai sistem web, Search Engine Optimization serta penjanaan trafik yang dapat membantu menggandakan pendapatan internetnya. Juga, pakar dalam menjana trafik web menggunakan teknik White Hat dan Black Hat.

Fuad akan mendedahkan pelbagai teknik SEO terkini yang dapat membantu laman web anda mendapat ranking terbaik di enjin carian, rahsia mendapatkan backlink daripada laman yang mempunyai PageRank tertinggi dan menarik trafik massa dalam masa singkat.

Laman web anda memerlukan trafik. Lebih banyak trafik maka lebih banyak kaedah anda boleh lakukan untuk membuat duit. Antaranya menjual produk, promosi produk affiliate agar anda mendapat komisen mahupun melalui servis iklan.

SEO merupakan satu kaedah mendapatkan trafik organik (percuma melalui senaraian di enjin carian). Kelebihan taktik ini dapat memberi kelebihan kepada anda kerana ia tidak memerlukan kos untuk menarik trafik. Berbeza dengan kaedah berbayar seperti membayar iklan, trafik akan berhenti datang ke laman web anda sejurus anda berhenti mengiklan.

Teknik SEO sudah tentu akan melipatgandakan keuntungan perniagaan internet anda kerana ianya menjadi sumber trafik yang berkualiti tetapi percuma selagi laman web anda mendapat ranking tertinggi di enjin carian!


Mentor Anda #2: Gobala Krishnan

Gobala bermula menceburi perniagaan internet seawal tahun 2005. Juga merupakan seorang blogger aktif dan usahawan internet yang amat dikenali di Malaysia serta peringkat global. Jadi, kewujudan beliau dalam industri perniagaan internet memang tidak perlu diragui lagi.

Ramai usahawan internet diseluruh dunia berlumba-lumba untuk mengetahui rahsia atau menjalin usahasama dengan beliau kerana prestasi beberapa kejayaannya yang mengagumkan di internet kebelakangan ini.

Gobala menjana duit melalui iklan, PPC, komisen affiliate serta menjual produk sendiri. Kisah kejayaan beliau pernah disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times, Tech & U. Pernah mencatatkan rekod jualan terbaik mencecah 6 angka hanya dalam 7 hari melalui laman web beliau bersama beberapa usahawan internet tempatan di sendusto.us.

Gobala akan mendedahkan kepada anda kaedah efektif yang beliau gunakan untuk menjana pelbagai pendapatan melalui blog.

Anda bakal mendapat faedah terbaik, tips dan triks berkualiti tinggi daripada seorang usahawan internet bertaraf dunia bernama Gobala Krishnan yang sehingga kini telah beberapa kali mencipta rekod pendapatan lumayan hanya daripada internet!


Mentor Anda #3: Samsul Zamzuri (Alang)

Lebih dikenali sebagai Alang telah memulakan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2005. Beliau sering menjadi rujukan pelbagai blogger dan usahawan internet di Malaysia.

Ramai usahawan internet yang mendapat tips daripadanya kini telah berjaya menjana pendapatan lumayan di internet.

Kisah beliau telah beberapa kali disiarkan di akhbar tempatan seperti New Straits Times dan Harian Kosmo. Mempunyai pendapatan stabil mencecah 5 angka setiap bulan hanya bekerja di rumah, pada bila-bila masa yang disukai.

Sejak kisah beliau disiarkan di akhbar, ramai pihak telah menghubunginya semata-mata untuk mengorek rahsianya. Memandangkan beliau seorang yang amat berdedikasi dengan kerja serta tidak mempunyai banyak masa menjawab semua pertanyaan yang bertalu-talu datang kepadanya saban hari, Alang bersetuju untuk berkongsi pelbagai kaedah penjanaan duit yang beliau gunakan kepada anda.

Alang terkenal dengan teknik menjana duit menerusi servis web direktori, iklan dan PPC. Beliau mementingkan kualiti dalam membina laman webnya dan mahir menjana pendapatan internet yang stabil dalam jangka panjang.

Hanya di JomSeminar, Alang secara ekslusif akan mendedahkan satu rahsia berharga menjana pendapatan lumayan daripada servis mengiklan yang mahal yang belum pernah beliau dedahkan dimana-mana hanya kepada anda!


Mentor Anda #4: Syed Ikhwan

Syed Ikhwan mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai seorang jurutera dan menumpukan sepenuh komitmen dengan perniagaan internet. Merupakan seorang yang terkenal dalam industri perniagaan internet tempatan sebagai seorang yang pakar menjana pendapatan lumayan melalui Google Adsense, iklan PPC, komisen affiliate serta menjual produk dan servis sendiri.

Beliau pernah menjana duit sehingga USD1,000 sehari melalui pengiklanan Google Adsense tidak termasuk pendapatan daripada iklan PPC dan komisen affiliate yang menjadikan beliau antara usahawan internet berpendapatan 5 angka sebulan. Teknik beliau bukan sahaja dirujuk oleh para usahawan internet tempatan malah termasuk daripada global.

Taktik beliau amat berkesan dan diiktiraf oleh pelbagai usahawan internet lain yang telah mendapat bimbingan terus daripada beliau sebelum ini. Namun, anda perlu membayar harga yang tinggi seminima RM300 sejam. Anda boleh meneliti hasil keberkesanan kaedah dan perkembangan pelbagai taktik beliau dibeberapa forum perniagaan internet Malaysia.

Namun hanya di JomSeminar, Syed Ikhwan akan mendedahkan kepada anda pelbagai teknik rahsia terkini yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan melalui Google Adsense.

Syed Ikhwan juga mempunyai pelbagai teknik rahsia untuk menarik trafik yang besar, berkualiti dan pantas ke laman web anda, memilih iklan yang berkualiti dan mahal agar anda dapat menjana pendapatan berganda berbanding orang lain.


Mentor Anda #5: Yusry

Yusry merupakan seorang yang misteri dan tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum. Telah menceburi perniagaan internet sejak tahun 1999. Seorang pakar pengaturcaraan dan perunding sistem serta telah membangunkan produk dan sistem untuk sektor kerajaan dan korporat.

Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan internet dan menjana pendapatan lumayan melalui laman keahlian, komisen affiliate termasuk CPA serta produk yang dijenamakan semula. Menggunakan pelbagai nama samaran di dunia perniagaan internet dan pernah menjadi top affiliate kepada beberapa usahawan internet di U.S.

Beliau juga pernah menjana pendapatan mencecah 6 angka sebulan melalui salah satu laman keahliannya. Bergerak secara undergorund, beliau menggunakan pelbagai teknik termasuk White Hat dan Black Hat sebagai strategi membuat duit.

Pada kali ini, Yusry akan mendedahkan kepada anda pelbagai kaedah underground untuk menjana pendapatan di internet bermula dari kos sifar. Ianya telah terbukti dan anda akan dapat menjana pendapatan internet dengan pantas dan berganda.

Anda sebagai peserta JomSeminar akan berpeluang bersemuka secara in-person dengan Yusry dan membongkar pelbagai rahsia beliau berkaitan bidang kepakarannya sehinggakan dapat menjana pendapatan lumayan hanya bekerja dari rumah!


Kesemua 5 mentor di atas akan mendedahkan pelbagai rahsia unik mereka yang telah terbukti dapat memberikan pendapatan 5 angka, malah ada yang pernah mencecah 6 angka sebulan hanya kepada anda.

Anda tidak perlu bimbang jikalau sistem rahsia mereka tidak sesuai dengan anda.

Jangan risau, mereka juga seperti anda pada mulanya. Kita semua bermula dari titik yang sama. Setiap hari bersesak-sesak di jalanraya untuk bekerja dari pukul 9 pagi ke 5 petang, tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga, tidak punya cukup duit menjelang hujung bulan malah ada yang menanggung beban hutang keliling pinggang.

Sistem rahsia ini dibangunkan oleh "insan biasa" seperti anda. Mereka juga bukannya bermula sebagai seorang "guru" atau "otai" perniagaan internet. Mereka bermula sebagai orang biasa yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan kemahiran yang adakalanya tiada kaitan langsung dengan perniagaan internet.

Jadi, anda boleh menarik nafas lega. Sistem rahsia ini akan kami dedahkan kepada anda bermula dari sifar. Jadi, apa juga tahap anda, kami akan bekalkan dengan pelbagai material sokongan dan bimbingan secara mentoring sehingga anda mencapai apa yang anda kehendaki.


Jangan Bertangguh Lagi,
Anda Mesti Bertindak Sekarang!

Anda akan menerima bonus ekslusif percuma bernilai lebih RM507
sebagai ganjaran istimewa jika anda berani bertindak sekarang!

(teruskan membaca untuk mengetahuinya)


Anda perlu bertindak sekarang juga
, bukannya esok. Ambil langkah bijak dan bertekad bahawa anda mesti mengubah dan menaiktaraf hidup anda bermula sekarang. Jana pendapatan lumayan di internet secara sepenuh mahu pun secara sampingan dengan menggunakan pelbagai sistem rahsia kami yang ringkas, mudah diikuti, efektif dan terbukti!

Jika anda sudah bersedia, klik butang pesanan di bawah tanpa ragu-ragu lagi. Kami ada disini untuk membantu meningkatkan taraf hidup anda.

Sebelum itu, jika anda melakukan pesanan sekarang untuk menghadiri pertemuan kita di JomSeminar, bonus-bonus ekslusif berikut yang bernilai lebih RM507 pasti akan menjadi milik anda secara percuma!


Bonus Percuma Menanti Anda

Bonus Ekslusif #1:
1 Pakej Kit Usahawan Internet
(Bernilai RM197)



(Ini adalah produk digital. Gambar cover hanyalah sebagai ilustrasi sahaja)

Bonus ini mengandungi pakej lengkap untuk membantu memudahkan anda menjadi bakal usahawan internet kelak. Apa juga latarbelakang anda, pakej ini mengandungi video panduan, transkrip dan buku kerja yang dapat membimbing anda dari mula langkah demi langkah.

Tiada produk seumpama Pakej Kit Usahawan Internet wujud di dalam pasaran yang boleh menjadi rujukan lengkap anda berkaitan asas perniagaan dan pemasaran internet. Ianya adalah ekslusif untuk peserta JomSeminar sahaja.

Bonus Ekslusif #2:
Keahlian Percuma Portal Bisnes Turnkey
(Bernilai RM310)

Bisnes turnkey memberi peluang kepada anda menjana pendapatan segera. Di dalam portal ini terdapat pelbagai produk digital berkualiti tinggi dan terkini yang boleh anda gunakan untuk perniagaan internet anda sendiri.

Malah, setiap produk akan ditambah dari semasa ke semasa tanpa mengenakan apa juga caj tambahan kepada anda. Portal keahlian seperti ini biasanya akan mengenakan yuran sehingga USD97 setahun.

Namun, anda akan menjadi Ahli Portal Bisnes Turnkey ini secara percuma untuk seumur hidup!

Bayangkan, anda hanya perlu muat turun produk dari portal ini, masukkan nama anda dan letakkan butang pembayaran agar prospek boleh membayar harga yang anda tetapkan terus ke akaun anda.

Jadilah usahawan internet yang bijak. Ini adalah peluang untuk anda menjana seratus peratus keuntungan secara terus ke akaun anda!

Bonus Ekslusif #3:
Keahlian Seumur Hidup Forum JomSeminar
(Tidak Ternilai)

Industri Perniagaan Internet sentiasa berubah dengan kerap dan pantas. Setiap hari pelbagai peluang baru akan wujud di internet.

Anda perlu sentiasa dimaklumkan dengan berita dan info terkini agar dapat mengejar peluang yang baru. Ini antara rahsia menggandakan pendapatan anda di internet.

Bagaimana pula jika anda mempunyai masalah atau ingin bertanyakan sesuatu mengenai apa juga topik perniagaan internet?

Ya, dengan Forum Tertutup JomSeminar, mentor dan komuniti JomSeminar akan membimbing dan memberi panduan terkini. Anda pasti tidak akan tercicir!

Bonus Ekslusif #4:
Baucer Diskaun 50% Potongan Produk

Bonus ekslusif ini melayakkan anda untuk mendapatkan potongan atau diskaun separuh harga untuk apa juga produk atau servis kami yang akan kami tawarkan di masa depan.

Baucer diskaun ini boleh digunakan sekali dan tiada tarikh luput.

Bonus Ekslusif #5:
Bonus Misteri

Ya, ianya tidak akan diberitahu sehingga pada penghujung seminar. Apa yang pasti ianya adalah hadiah bonus yang ekslusif dan berkualiti.

Anda mesti bersedia menerima kejutan!

Jumlah keseluruhan bonus bernilai lebih RM507!

 

OK... Berapakah Kos Untuk Anda Menyertai Seminar Ini?

Harapan kami sebenarnya adalah untuk menganjurkan satu seminar yang mampu milik oleh semua orang seperti anda. Secara jujurnya, kami tidak mendapat untung lumayan dalam menganjurkan seminar ini (berbanding pendapatan mudah yang dijana diinternet...).

Apa yang kami mahukan adalah usaha untuk membaik pulih industri perniagaan internet Malaysia yang kini dipenuhi oleh program membuat duit yang diragui modus operandinya. Disamping itu, kami mahu menjenamakan JomSeminar di pasaran tempatan sebagai satu platform untuk menyatukan kesemua usahawan internet - baru atau yang sudah berpengalaman berkongsi dan membantu sesama lain agar kita kuat dan mudah untuk menerjah ke pasaran global.

Mari kita kira sama-sama, berapakah nilai "pelaburan" sebenar untuk diri anda sendiri apabila anda menyertai JomSeminar:

Jadual Kos 1:
Perkara
Kos Anda (RM)
Anda memerlukan satu pakej lengkap panduan perniagaan internet agar dapat membantu anda memahami selok belok sebelum memulakan langkah menjadi usahawan internet.

Kami menggalakkan anda membeli produk ini (sebab kami sendiri membelinya) sebagai rujukan jika anda tidak mahu menyertai JomSeminar. Jumlah adalah USD217 untuk produk + USD24 untuk penghantaran:
771.20
Seorang mentor akan mengenakan yuran "personal coaching" sebanyak USD100 atau RM320 sejam. Kos keseluruhan untuk 8 jam seminar dan 5 orang mentor:
12,800.00
Anda memerlukan khidmat bimbingan mentor untuk menyelesaikan atau memberi panduan kepada permasalahan perniagaan internet anda secara berkala selepas seminar. Anggaran 4 jam sebulan selama setahun dengan yuran RM320 sejam:
15,360.00
Anda sudah mempunyai pengetahuan asas berkaitan perniagaan internet, namun anda perlu mengetahui kemahiran tambahan agar kaedah penjanaan duit internet anda menjadi efektif. Berikut adalah antara topik sama yang akan didedahkan semasa seminar:

- SEO
- Blogging
- Google Adsense
- Trafik Web
- Affiliate Marketing
- CPA Marketing

Purata kos setiap produk adalah USD97. Jika anda mahukan produk berkualiti tinggi daripada pakar bertaraf dunia, kos setiap produk boleh mencecah USD997 (ya, kami juga ada membelinya...)
1,862.40
hingga
19,142.40
Kos masa yang akan anda peruntukkan jika anda mahu cuba mencari pengalaman sendiri menceburi perniagaan internet dari awal sehingga setahun sebelum menjumpai atau mencipta kaedah penjanaan duit sendiri. Anggaran pendapatan bulanan anda dalam tempoh ini sebanyak RM1,500 untuk 12 bulan.

Atau, anda peruntukan sehari bersama kami dan jimat 365 hari masa anda untuk cuba mencari pengalaman sendiri.
18,000.00
Jumlah Kos Keseluruhan Anda
48,793.60
hingga
66,073.60

Nota: Anggaran tukaran matawang semasa adalah USD 1 = RM 3.20

Anda mungkin terkejut dan tidak percaya bukan?

Itulah kos yang anda perlu bayar untuk mendapatkan pendedahan yang sama berbanding jika anda menyertai JomSeminar. Kami sendiri telah membelanjakan lebih RM150,000.00 (ya, bukan tersalah taip - RM seratus lima puluh ribu) sepanjang kami melibatkan diri dalam perniagaan internet ini. (bukti boleh ditunjukkan semasa seminar)

Kami mampu melaburkan kos sebanyak itu untuk belajar daripada pakar bertaraf dunia kerana kami mampu membayarnya hasil daripada pendapatan internet. Kami percaya "pelaburan berbentuk ilmu kepada diri sendiri" dijamin dapat memberi pulangan lumayan seumur hidup.

Jadi, persoalannya sekarang berapakah kos yang mampu anda laburkan untuk diri anda sendiri?

RM100, RM1,000, RM10,000 atau RM100,000?

Harga pasaran untuk 1 hari seminar yang mungkin terdiri daripada kurang 5 mentor dan mendedahkan kaedah asas sahaja bernilai antara RM500 ke RM1,000. Anda boleh selidik sendiri jika tidak percaya.

Tetapi, jangan risau. Anda tidak perlu membazirkan duit anda sehingga RM66,073.60 lagi...

Tambahan, di JomSeminar, anda bukan belajar asas lagi. Bonus Ekslusif #1 - Pakej Kit Usahawan Internet akan membantu untuk melengkapkan anda dengan pengetahuan dan kemahiran asas. Rujuk semula senarai bonus di atas, anda tidak perlu membayar sehingga RM771.20; ianya 100% PERCUMA!

Anda menyertai JomSeminar untuk membongkar lebih dari 5 sistem rahsia penjanaan duit menggunakan internet. Ianya mempunyai pelbagai taktik terkini yang ringkas, mudah diikuti malah amat efektif sekali.

Malah, jika anda masih mempunyai masalah atau pertanyaan lanjutan selepas seminar, mentor pilihan anda akan membantu dan memberi bimbingan melalui perbincangan di forum tertutup JomSeminar.

Semua masalah dan kegusaran anda telah pun terjawab. Jadi, apa tunggu lagi?


RM597 Untuk 5 Sistem Rahsia

Itu adalah kos "pelaburan kepada diri anda sendiri" untuk mengetahui sistem rahsia tersebut.

Anda tidak perlu membelanjakan sehingga RM66,073.60 (sila rujuk "Jadual Kos 1" di atas) hanya untuk mengetahui pelbagai rahsia hebat di internet. Dengan hanya RM597, anda simpan dan jimat sebanyak RM65,476.60 apabila anda menyertai JomSeminar sekarang.

Peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan mencapai impian anda kini dibuka.

Sudah sampai masanya untuk anda menyertai mereka yang telah mencapai pendapatan 5 angka sebulan di internet dan hanya bekerja dengan selesa di rumah atau dimana sahaja pada bila-bila masa yang anda sukai. Tiada siapa akan mengongkong anda lagi selepas ini.
(Pergi melancong pun duit tetap masuk secara autopilot ke akaun anda!)



Ops, Tunggu!

Bonus Terhad Ini Hanya Untuk 70 Peserta Terawal
53 Peserta Terawal Bagi Sessi-2

(Benar, Bonus Tambahan Paling Ekslusif Ini Bernilai Lebih RM467 Untuk Anda)

Tawaran ini merupakan ganjaran paling ekslusif kepada anda yang mampu bertindak
pantas dan berani mencuba dahulu
menempah tempat di JomSeminar sekarang.

Ingat, anda langsung tiada risiko jika bersetuju menyertai seminar ini. Kami akan tanggung semua
risiko anda serta kerugian jika ada
. Kami hanya ingin menawarkan "Bonus Berani Cuba" untuk anda kerana anda sudi menunjukkan tanda sokongan untuk memastikan projek seminar kami ini berjaya!

Nota: Tawaran ini terhad kepada 70 53 orang peserta terawal bagi sessi-2 sahaja yang menempah tempat
diseminar nanti. Namun, pihak kami berhak untuk menarik balik tawaran bonus ini kepada anda jika kuota telah
dicapai pada bila-bila masa. Setiap keputusan adalah muktamad demi menjaga kualiti dan kepentingan semua.


Bonus Berani Cuba #1:
Diskaun Segera Yuran Seminar Sebanyak 20%

(Bernilai RM120)

Jika anda klik butang pesanan sekarang (jika tawaran ini masih sah), anda akan segera mendapat diskaun yuran seminar sebanyak 20%.

Anda akan jimat sehingga RM120 jika bertindak sekarang!

Jadi, anda jangan berlengah lagi... ramai lagi orang lain yang sedang membaca bonus ini sekarang... siapa cepat dia dapat.
Bonus Berani Cuba #2:
Lesen "Master Resell Rights" Untuk...
Pakej Kit Usahawan Internet!

(Bernilai RM347)


(Ini adalah produk digital. Gambar cover hanyalah sebagai ilustrasi sahaja)
Anda telah pun tahu apa yang ada di dalam pakej ini, bukan?
(Sila rujuk Bonus Ekslusif #1 di atas)

Untuk makluman anda, Pakej Kit Usahawan Internet yang lengkap seperti ini belum ada di pasaran. Permintaan untuk produk seperti ini amat tinggi di Malaysia. Orang ramai mula mengintai-ngintai peluang yang ada di internet. Tetapi, mereka tidak tahu untuk bermula. Tiada 1 rujukan lengkap untuk mereka.

Produk ini amat berkualiti tinggi kerana ia mengandungi video panduan langkah demi langkah, transkrip dan buku kerja. Jadi, kami memberi anda peluang untuk mengambil kesempatan atas situasi ini untuk menjana pendapatan internet yang amat lumayan.

Anda akan diberikan Lesen "Master Resell Rights" yang membenarkan anda untuk menjual produk ini kembali dan simpan semua keuntungan anda 100%!

Ringkasnya, berikut adalah pilihan yang anda boleh lakukan dengan produk ini:

Jual kembali dengan harga RM147 dan anda simpan 100% keuntungan
Tawarkan kepada prospek anda sebagai hadiah penghargaan
Pakejkan produk ini sebagai bonus tambahan yang berkualiti bersama-sama produk anda sendiri

Jumlah keseluruhan nilai bonus kini meningkat kepada RM974!


Anda pasti teruja dengan senarai bonus-bonus ekslusif dan berkualiti di atas, bukan?

Anda hanya perlu mencuba dengan kos RM597 RM477 sahaja!
Pertama kalinya kami menawarkan yuran seminar berkualiti terendah di Malaysia.
(tawaran terhad kepada 70 53 peserta pertama Sessi-2 sahaja)



Anda masih ragu-ragu atau perlu lebih masa untuk membuat keputusan?


Mari kita lihat kembali berapa ganda nilai yang anda akan dapat daripada seminar ini:

Nilai kepada anda untuk 5 mentor yang akan mendedahkan lebih
5 sistem rahsia penjanaan duit di internet selama 8 jam. Setiap mentor mengenakan yuran konsultansi peribadi minima RM320 sejam (USD100 per hour).
RM12,800.00
Khidmat bimbingan selepas seminar melalui forum tertutup JomSeminar dengan anggaran 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan untuk seumur hidup anda. Kos anggaran mudah adalah RM320 sejam untuk 1 tahun pertama.
RM15,360.00
Jumlah nilai 5 Bonus Ekslusif untuk peserta JomSeminar sahaja
RM507.00
Jumlah nilai 2 Bonus Berani Cuba jika anda merupakan 53 peserta terawal
RM467.00
Jumlah Keseluruhan Nilai Yang Anda Perolehi
RM29,134.00

Namun, kami cuma mahu anda menyertai JomSeminar dengan hanya RM597.00 RM477.00 sahaja.
Tiada yuran tambahan atau terselindung dikenakan. Lebih nilai untuk wang anda!

Jika fakta di atas belum cukup menyakinkan anda untuk bertindak, maka...

Biar Kami Tanggung Semua Risiko, Bukan Anda!

Sebaik sahaja anda menempah tempat untuk menyertai JomSeminar ini,
kos keseluruhan anda akan dilindungi oleh

Jaminan 100% Wang Dikembalikan Tanpa Soal!

Lihat, kami mahu anda mendapat manfaat dan faedah berganda dengan hanya
menunjukkan tanda sokongan untuk menjayakan JomSeminar. Tiada langsung risiko di
pihak anda
. Kami sedia menanggung semua risiko bagi pihak anda.

Biar kami rugi, bukan anda.

Jadi ini adalah jaminan kami kepada anda:

Jaminan #1:
Jika anda tidak berpuas hati dengan apa jua perkara sehingga pukul 12 p.m, hari Ahad, 11hb Mei 2008; anda boleh berjumpa dengan pihak kami untuk mendapatkan kembali 100% pulangan wang penuh.

Juga, kami akan membayar kos perjalanan pergi dan balik ke rumah anda sebagai tanda penghargaan kerana anda sudi menemui kami secara in-person di sana!

Jaminan #2:
Meskipun anda meminta wang dikembalikan, kami akan menawarkan Bonus Ekslusif #1 - Pakej Kit Usahawan Internet secara percuma sebagai ucapan terima kasih kepada anda kerana telah membuang masa untuk kami!


Kami serius dan komited untuk membantu anda. Jadi, biarlah kami menanggung segala risiko.

Anda hanya perlu mencuba dan menilai sendiri. Kami tidak akan mempersoalkan atau
mempertikaikan apa juga pandangan anda. Anda tidak berpuas hati walau apa jua sebabnya,
kami jamin wang anda sepenuhnya akan dikembalikan 100% tanpa soal!

Buat untung dengan memanipulasi anda bukan matlamat kami. Kami akan pastikan anda bebas risiko!

Jadi, anda tidak perlu gusar. Anda mesti buat keputusan bijak dengan pantas.


Cepat! Peluang Bebas Risiko Ini
Adalah Amat Terhad



Amaran!
Beribu "bakal peserta" sedang atau telah membaca laman ini sekarang.

Ingat, untuk 70 53 peserta terawal bagi Sessi-2, anda akan menerima diskaun 20% untuk yuran
seminar dan layak menerima 2 Bonus Berani Cuba bernilai RM467. Malah, penyertaan anda
ditanggung oleh Jaminan 100% Wang Dikembalikan Tanpa Soal.

Siapa pantas bertindak, dia dapat lebih ganjaran.

Rayuan tidak dapat diterima demi menjaga kualiti produk kami.

Nota: Berdasarkan sambutan dan prestasi tawaran untuk Sessi-1 pada 10hb Mei 2008,
kuota 30 peserta terawal dapat dicapai dalam masa 48 jam! Oleh, itu pihak kami amat menyarankan anda untuk bertindak dan merebut tawaran ini dengan segera.

Jika anda perlukan bantuan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi kami
di talian 013-393 6460 / 013-356 6681 sekarang!

Sekarang, sila pilih kaedah pembayaran anda untuk meneruskan pendaftaran tempat di JomSeminar:

Ya! Saya berminat dan yakin untuk menyertai JomSeminar sekarang.
Dengan mendaftar sekarang untuk menghadiri seminar anjuran JomSeminar pada hari Ahad, 11hb Mei 2008 nanti, saya layak untuk mendapat faedah dan bonus berikut:

Tahniah, anda layak menerima potongan 20%!
Kos Tempahan Anda adalah
RM597
RM477 Sahaja

(Anda jimat RM120)

Saya akan didedahkan dengan 5 Sistem Rahsia daripada 5 Mentor jemputan JomSeminar.com bernilai lebih RM12,800.00.
Saya layak menerima 20% potongan yuran penempahan seminar menjadi RM477 jika saya merupakan antara 70 53 peserta terawal mendaftar untuk Sessi-2.
Saya layak menerima 5 Bonus Ekslusif JomSeminar bernilai lebih RM507
Saya layak menerima 2 Bonus Berani Cuba JomSeminar bernilai lebih RM467 jika saya merupakan antara 70 53 peserta terawal mendaftar untuk Sessi-2.
Saya akan dibimbing bermula dari awal pendedahan sehingga selepas seminar daripada Mentor JomSeminar.com.
Penyertaan saya ini dilindungi oleh Jaminan 100% Wang Dikembalikan Tanpa Soal. Maka, saya faham bahawa tiada risiko yang terlibat di pihak saya.
Saya faham, jelas, bersedia dan komited untuk mengubah taraf hidup saya menjadi lebih baik dengan menjana pendapatan lumayan menggunakan kuasa internet bersandarkan 5 Sistem Rahsia JomSeminar.
   
Harap Maaf...
Tempahan JomSeminar Telah Ditutup.



Nota:
Untuk pembayaran online, anda tidak memerlukan akaun PayPal. Ianya dibuka 24 jam setiap hari walaupun ketika pukul 3.00 pagi! Sebarang masalah sila hubungi kami untuk bantuan.



P.S: Kami sarankan anda jangan membazir lebih banyak masa untuk membuat keputusan. Daftar dan tempah tempat anda di seminar sekarang juga. Lebih pantas anda bertindak maka lebih banyak faedah dan bonus ganjaran yang amat terhad menanti anda.

P.P.S: Anda berpeluang untuk jimat sehingga 20% daripada yuran asal seminar jika anda mendaftar sekarang dan merupakan 70 53 peserta terawal.

P.P.P.S: Anda berpeluang mendapatkan "5 Bonus Ekslusif" yang bernilai RM507 serta tambahan
"2 Bonus Berani Cuba" yang amat terhad bernilai RM467 jika anda merupakan 70 53 peserta terawal untuk Sessi-2. Bonus yang kami tawarkan amat ekslusif dan tidak akan terdapat dimana-mana.

P.P.P.P.S: Penyertaan anda di JomSeminar sepenuhnya dilindungi oleh Jaminan 100% Wang Dikembalikan Tanpa Soal jika anda tidak berpuas hati atas apa juga sebab yang tidak perlu kami tahu!

P.P.P.P.P.S: Sekarang adalah masanya untuk anda mengubah dan meningkatkan taraf hidup anda demi untuk impian anda, keluarga dan masyarakat sekekliling. 5 Mentor JomSeminar akan membimbing anda dari mula sehingga selepas seminar agar anda boleh berjaya. 5 Sistem Rahsia juga akan dibongkar dan ianya ringkas, mudah diikuti, efektif serta menggunakan teknik terkini.

P.P.P.P.P.P.S: Pihak JomSeminar terpaksa membuka 2 sessi berasingan pada 10hb dan 11hb Mei 2008 demi memberi peluang kepada semua pihak yang berminat berdasarkan permintaan yang diluar dugaan. Tempat pada hari Sabtu, 10hb Mei sudah penuh, kini anda ada peluang terakhir untuk menyertai Sessi-2 pada hari Ahad, 11hb Mei 2008.

 

Privacy Policy | Earning Disclaimer | Anti-SPAM | Hubungi Kami

[803888]

Anjuran:
Quick Odyssey Sdn. Bhd. (704037-H)
Suite #202, MBE PSS Ampang, PSS Kolam Ayer Lama Ampang
Lot 36904, Jalan Kolam Ayer Lama, 68000 Ampang, Selangor
Malaysia

Anjuran Bersama:
Gameted Enterprise (SA0015199-X)
Suite #200 G-20 Jln PJU 8/3, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Untuk pertanyaan segera, anda boleh hubungi kami di 013-393 6460 / 013-356 6681. Fax No: 03-7843 0209
Atau chat secara online menggunakan Yahoo Messenger di
jom seminar buat duit internet